Wanita Cedera Kenderaan Dipandu Rempuh Hilux

Foto Ihsan Pembaca

TAWAU: Seorang wanita menempuh detik cemas apabila kenderaan Perodua Kancil yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebuah pacuan empat roda di Jalan Utara Baru, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, 23,  terpaksa dikeluarkan pihak bomba selepas dikatakan tersepit ekoran rempuhan tersebut.

Foto Ihsan Pembaca

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani itu mengalami kecederaan pada dagu dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besar Tawau.

“Sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan menuju ke bandar sebelum kenderaannya hilang kawalan secara tiba-tiba.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan mangsa terbabas sebelum masuk ke lorong bertentangan menyebabkannya merempuh pacuan empat roda Toyota Hilux yang seorang lelaki berumur 31 tahun,” katanya.

Foto Ihsan Pembaca

Peter berkata, ekoran kejadian itu, kedua-dua kenderaan terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan, manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu Perodua Kancil yang gagal mengawal pemanduannya.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 kerana menyebabkan kemalangan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *