Kotak Hitam Pesawat Ukraine Musnah, Beberapa Memori Hilang

Insiden yang melibatkan pesawat milik Ukraine terhempas di Tehran sememangnya telah menggemparkan dunia. Siasatan mengenai insiden tersebut menjadi agak sukar apabila Iran tidak mahu menyerahkan ‘kotak hitam’ kepada pihak Boeing dan Amerika Syarikat.

Memetik kata ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abezadeh, mereka tidak akan sama sekali menyerahkan kotak hitam tersebut.

Kami tidak akan memberikan kotak hitam kepada pengeluar (Boeing) dan Amerika.

Kotak hitam bagi sesebuah pesawat adalah sangat penting bagi mendapatkan maklumat seperti rakaman suara supaya punca kejadian nahas pesawat dapat dikenal pasti. Keengganan Iran untuk tidak menyerahkan kotak hitam tersebut telah membantut penyiasatan nahas itu.

Walau bagaimanapun, Fox News dalam artikel yang dilaporkan ada menyatakan kotak hitam tersebut mengalami kerosakan. Bukan setakat itu sahaja, dikatakan juga bahawa beberapa bahagian memori telah hilang ekoran daripada kerosakan itu.

Kotak hitam – benda paling tahan dalam pesawat dikatakan telah rosak dan beberapa memori hilang.

Pihak berkuasa Iran juga mengatakan kotak hitam pesawat terhempas itu mungkin mempunyai masalah teknikal. Bagaimanapun, ianya telah menimbulkan pelbagai spekulasi daripada banyak pihak.

Kotak hitam pesawat berkenaan telah ditemui di tengah bangkai pesawat penumpang itu yang terhempas berdekatan Lapangan Antarabangsa Imam Khomeini. Pada peringkat awal, pihak Iran telah mendakwa bahawa punca nahas tersebut adalah disebabkan oleh isu mekanikal.

Namun, kecoh di media sosial pagi ini mengenai penularan sebuah video dipercayai detik-detik pesawat itu terkena peluru berpandu dan terhempas.

Sumber: Fox News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *