Mayat Lelaki Dibaham Buaya Ditemukan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan hilang semalam ditemukan maut dengan kesan gigitan dipercayai akibat dibaham buaya di Sungai Kalumpang, Jalan Tawau- Semporna, di sini, pagi tadi.

Mangsa,  Binyojinnul, 36, ditemukan anggota bomba dengan bantuan orang awam pada pukul 10.20 pagi ini dalam keadaan tidak sempurna, kira-kira 600 meter dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi kenyataan media, mengesahkan perkara tersebut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, JBPM menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 4.43 petang semalam.

Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi menggunakan dua jentera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *