Jalan Kundasang – Ranau Boleh Dilalui Semula

Kenderaan kini boleh melalui Jalan Kundasang – Ranau yang sudah siap dibaiki.

RANAU: Jalan Sandakan – Kota Kinabalu yang terputus di Kilomter 96 di Ranau kini siap sepenuhnya dan boleh dilakui di kedua-dua arah.

Penyiapan jalan berkenaan yang menelan kos sebanyak RM30 juta merupakan berita gembira kepada rakyat Sabah terutama penduduk di situ.

Kerja-kerja pembinaan itu siap sepenuhnya selepas dipantau dengan ketat oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebelum ini berkata, pembinaan jalan itu ada satu keutamaan demi kepentingan rakyat di situ.

Jalan tersebut terputus pada 9 Disember lalu disebabkan tanah runtuh.

Berikutan itu tiga laluan alternatif dibuka untuk pengguna iaitu Jalan Kampung Dumpiring – Mohimboyon – Kibbas, Jalan Kibbas – Mohimboyon – Dumpiring dan Jalan Pinosuk – Kauluan – Kundasang.

Kenderaan kini boleh melalui Jalan Kundasang – Ranau yang sudah siap dibaiki.
Kenderaan kini boleh melalui Jalan Kundasang – Ranau yang sudah siap dibaiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *