Iran Tidak Akan Serah Kotak Hitam Pesawat Terhempas

TEHRAN: Pihak berkuasa penerbangan Iran berkata, ia tidak akan menyerahkan kepada Amerika Syarikat kotak hitam hitam Boeing 737 milik Ukraine International Airlines yang terhempas hari ini dan membunuh 176 penumpang dan anak kapal.

“Kami tidak akan memberikan kotak hitam kepada pengeluar (Boeing) dan Amerika,” kata ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abedzadeh, yang dipetik oleh agensi berita Mehr.

Kapal terbang Ukraine itu disahkan terhempas susulan masalah teknikal, beberapa minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, sekali gus mengorbankan semua penumpang, lapor media rasmi – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *