Kastam Rampas Minuman Keras RM1.95 Juta Dalam Tujuh Kontena

Minuman keras bernilai RM1.95 juta dalam tujuh kontena dirampas oleh Kastam Labuan.

LABUAN, 7 Jan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah hari ini mendedahkan 124,175.52 liter minuman keras yang dirampas daripada tujuh kontena bersaiz 20 kaki daripada Dermaga Liberty Labuan minggu lepas, bernilai RM595,380 dengan nilai duti tidak berbayar berjumlah RM1,953.974.60.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaafar berkata pihaknya kini sedang menyiasat pihak pengimport yang bertanggungjawab.

Minuman keras bernilai RM1.95 juta dalam tujuh kontena dirampas oleh Kastam Labuan.

Katanya mengikut laporan siasatan pada 26 Dis, pihak jabatan menemui beberapa keraguan dalam borang pengistiharan yang meletakkan peralatan pengerudian dan minyak pelincir sebagai kargo yang dibawa. Ia kemudiannya didapati minuman keras.

“Apabila diperiksa kontena terbabit, pasukan penguatkuasa kami menemui apa yang diistiharkan dalam borang tersebut adalah palsu, kerana mereka menemui kira-kira 14,300 kartun pelbagai jenis bir di dalamnya.

“Minuman keras yang rampas itu telah diklasifikasikan sebagai barangan yang diharamkan di bawah Bahagian III Jadual Kedua Kastam (Larangan Import) 2017 dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 135(1) (g) Akta Kastam 1967,” katanya kepada media di sini hari ini.

Pada 2 Jan, Bernama melaporkan pihak Kastam berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dari Singapura selepas memeriksa tujuh buah kontena.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *