Gambar Sedekah Di Sandakan Bukan Di Kimanis – SPRM

KIMANIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengesahkan gambar yang tular di media sosial menunjukkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sedang memberikan sedekah di masjid berlaku di Sandakan.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karuna Nithy berkata, kejadian tersebut merupakan pemberian sedekah kepada orang ramai di Masjid Datuk Pangeran Galpam Sandakan bukannya di Kimanis.

“SPRM Sabah telah membuat pengesahan awal dan mendapati kejadian sebenarnya berlaku pada 3 Januari 2020 di Sandakan sempena dengan pecah tanah pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan bukannya di Kimanis.

“SPRM mendapati kejadian tersebut adalah merupakan sedekah kepada orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pangeran Galpam Sandakan oleh  Ketua Menteri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain kenyataan daripada SPRM, Pengerusi Masjid Datuk Haji Pengiran Galpam Sandakan, Datuk Pengiran Abdul Rahman Muhammad Galpam hari ini turut menyelar penularan gambar berkenaan.

Belian berkata, perbuatan menyebarkan gambar itu dan membuat tuduhan palsu adalah satu perbuatan fitnah.

Semalam, gambar Ketua Menteri itu ditularkan pihak pembangkang kononnya berlaku di Kimanis ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang sedang berlangsung.

Pembangkang membuat tuduhan tidak berasas kononnya Mohd. Shafie memberikan duit itu untuk membeli undi.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *