Bergambar Ramai-Ramai Sebelum Padam

Gambar berkenaan diambil sebagai kenangan kerana ketua batalion akan bersara. – Agensi

Sekumpulan bomba dikecam orang awam kerana mengambil gambar beramai-ramai di hadapan rumah yang sedang marak terbakar.

Difahamkan, gambar berkenaan diambil sebagai kenangan kerana ketua batalion berkenaan akan bersara.

Daily Mail melaporkan, Komisioner Bomba Detroit, Eric Jones berkata, terdapat banyak cara untuk meraikan persaraan namun, mengambil gambar di hadapan bangunan sedang dijilat api bukanlah satu daripadanya.

Keadaan rumah selepas musnah dalam kebakaran tersebut.

Kediaman berkenaan dan unit berhampirannya tidak berpenghuni ketika kejadian kebakaran itu berlaku.

Jones berkata, pihaknya akan menyiasat mengenai kejadian berkenaan berdasarkan bukti yang ada.

“Jika gambar berkenaan sah, maka tindakan disiplin akan diambil,” katanya.

Jones turut menyifatkan gambar berkenaan sebagai ‘tidak wajar dan tidak profesional.’

“Sebanyak 99 peratus lelaki dan wanita yang berada di lokasi seumpama itu tahu apa yang perlu dibuat.

“Disebalik setiap kebakaran pasti ada keluarga atau pemilik kediaman yang sedih dan kecewa,” katanya.

Malah, terdapat komen daripada pengguna Facebook menyatakan: “Saya harap ia adalah kebakaran yang dirancang. Saya tidak mahu memikirkan bahawa terdapat anggota bomba tergamak bergambar ketika sebuah rumah benar-benar terbakar.”

Melalui gambar yang disiarkan keesokannya, kediaman berkenaan ternyata musnah dijilat api. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *