PRK Kimanis: UPKO Jamin Ahlinya Undi WARISAN

Image may contain: 1 person, on stage

PAPAR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memberi jaminan setiap ahli UPKO di Parlimen Kimanis akan turun mengundi calon parti pimpinan Kerajaan Sabah, iaitu Parti Warisan Sabah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, UPKO akan menggunakan pendekatan berjumpa setiap seorang ahlinya di kawasan parlimen itu supaya mereka turun dan mengundi calon parti pimpinan kerajaan.

Image may contain: 6 people, people smiling

Beliau berkata, UPKO telah menubuhkan jentera pilihan raya dalam usaha membantu memastikan kemenangan berpihak kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan).

Katanya, kali ini UMNO merupakan lawan kepada calon parti pimpinan kerajaan maka, UPKO akan memastikan kemenangan tidak berpihak kepada calon UMNO.

“Kita akan memastikan calon UMNO atau UMNO tidak dapat memenangi dan akan kalah dalam PRK.

“UPKO akan memainkan peranan untuk memastikan calon daripada parti pimpinan kerajaan dapat memenangi kerusi Parlimen Kimanis,” katanya kepada pemberita semasa Program Santai Krismas & Tahun Baru 2020 UPKO Bongawan dan Kimanis, di Kampung Langsat Batu 6, di sini hari ini.

Madius berkata, bagi UPKO perkara itu penting sebab antara perkiraan dan keputusan UPKO untuk bersama-sama Warisan membentuk kerajaan adalah disebabkan UPKO seperti dianaktirikan semasa berada dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita harus melihat Sarawak sebagai contoh kerana kerajaan mereka diterajui parti tempatan Sarawak.

“Inilah yang kita akan tumpukan dan mahu pastikan agar calon parti pimpinan kerajaan pada hari ini menang dengan cemerlang dalam PRK Kimanis.

“Isu-isu lain kita akan perjelaskan kerana apa yang penting adalah memastikan calon parti tempatan menang supaya parti dari Semenanjung tidak lagi dapat bertapak di Sabah,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *