PPM Tahan Dua Lelaki Pala’u Bom Ikan Di Semporna

Suspek berketurunan Palauh ditahan selepas dipercayai mengebom ikan di perairan Semporna.

SEMPORNA, 2 Jan: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki Pala’u dipercayai terlibat dengan kegiatan bom ikan di perairan Semporna malam tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dua suspek berusia 40-an dan 20-an itu ditahan ketika melakukan aktiviti di atas sebuah pam bot pada 9.00 malam.

Bot yang digunakan.

“Pemeriksaan dalam ruangan bot itu menemukan pelbagai jenis ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, tangkapan serta rampasan termasuk pelbagai jenis ikan bernilai RM8,120 itu kemudian ditunda ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c ) Akta Perikanan 1985 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 serta penjara maksimum dua tahun.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *