Taktik Sembunyi Bawah Katil Gagal, JHEAINS Cekup Lelaki Bersama ‘Janda Muda’ Di Hotel Bajet

Gambar BESTAWAUfm

‘JANDA MUDA’ SEMBUNYI BAWAH KATIL, KEKASIH BUKA PINTU SELEPAS 7 MINIT JHEAINS KETUK PINTU – OPS TAHUN BARU

TAWAU; 1 JANUARI 2020 (Rabu) – Akibat terlalu takut ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya, seorang janda muda berumur 17 tahun sanggup menyorok di bawah katil di sebuah penginapan bajet dalam satu Operasi sempena Sambutan Tahun Baru 2020, awal pagi tadi.

Perkara itu terbongkar setelah pemeriksaan rapi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau di bilik berkenaan selain helah teman lelakinya berumur 18 tahun yang mengambil masa selama 7 minit untuk membuka pintu selain berbohong menyatakan hanya menginap sendirian.

Gambar BESTAWAUfm

Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau, Kahar Sundu berkata, pasangan kekasih itu antara empat pasangan brumur diantara 17 hingga 54 tahun yang ditangkap berkhalwat di tiga penginapan berasingan di Bandar Tawau.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai hubungan dan tinggal berdua-duaan di sebuah bilik sehingga menimbulkan syak dan disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah (EKJSNS) atas kesalahan khalwat.

Beliau berkata, kesemua mereka boleh
di denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Gambar BESTAWAUfm

Sementara itu, JHEAINS Tawau turut merampas tiga botol minuman keras dan mengenakan notis peringatan kepada tiga lelaki berumur 21 hingga 26 tahun selepas dikesan melakukan kesalahan dibawah Seksyen 57(1) Enakmen yang sama kerana meminum minuman yang memabukkan.

Operasi itu turut disertai 30 Pegawai dan anggota dari agensi penguatkuasaan lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yanh berlangsung selama 5 jam bermula 10 malam.

Gambar BESTAWAUfm
Gambar BESTAWAUfm
Image may contain: one or more people and people sitting
Gambar BESTAWAUfm

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *