Peragut Warga Asing Gagal Larikan Rantai Emas

Gambar Hiasan

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan melalui detik cemas apabila menjadi mangsa ragut lelaki tidak dikenali, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, mangsa berusia 55 tahun berkenaan dipercayai berjalan kaki seorang diri dari membeli barangan runcit di kedai berdekatan dengan sebuah restoran terletak di pekan Keningau

Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata mangsa secara tiba-tiba rasa dirinya direntap serta menyedari seutas rantai emas yang dipakai ditarik daripada belakang oleh suspek.

“Mangsa bertindak mengejar uspek sambil menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Bagaimanapun, peragut terbabit berjaya ditahan di hadapan restoran nasi ayam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, dekat sini, hari ini.

Shahrudin berkata siasatan awal ke atas suspek mendapati peragut berkenaan adalah warganegara asing dan dipercayai tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek sudah direman selama empat hari bermula 30 Disember 2019 sehingga 2 Januari 2020 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

SabahNews Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *