Penghujung 2019: Rekod Suhu Paling Panas, Alaska Mencair, Burung Mati & Ikan Menghilang

Alaska merekodkan suhu tinggi purata paling panas pada penghujung tahun 2019 selepas setahun berdepan dengan cuaca ekstrem yang berubah-ubah.

Hidupan liar juga menderita akibat daripada cuaca yang tidak menentu itu. Jumlah kematian burung laut secara besar-besaran dan mamalia laut akibat dari pergolakan ekologi yang berlaku.

Menurut para penyelidik, gangguan ini berlaku disebabkan oleh corak pemanasan yang berterusan. Alaska yang berdekatan dengan Artik menerima impak melampau berikutan kenaikan suhu dua kali ganda kadarnya berbanding keseluruha planet bumi.

“Walaupun dengan kehadiran cuaca sejuk secar tiba-tiba baru-baru ini, saya tidak dapat nafikan tahun 2019 tetap menjadi tahunyang paling panas dalam rekod”, ujar kata klimatologi University of Alaska, Brian Brettschneider.

Tahun paling panas Alaska adalah pada 2016, apabila suhu purata tahunan mencatatkan lebih daripada 0 Celsius. Itu adalah kali pertama suhu sudah tidak lagi berada di paras beku,” kata kenyataan dari Pentadbiran Laut dan Atmosfera Kebangsaan.

Situasi luar biasa pada 2019 akan menjadi petunjuk kepada masa depan Alaska. – Reuters

Pencairan besar-besaran

Pencairan pada musim bunga menyaksikan kesan pada sungai-sungai utama berlaku lebih awal daripada biasa, dan lapisan paling atas permafrost di Semenanjung Seward tidak lagi membeku sepanjang tahun.

Suhu musum panas sudah meningkat menjadi 32 darjah Celsius atau lebih di beberapa kawasan termasuk Anchorage, yang sudahpun dalam kemarau teruk. Kebakaran hutan memusnahkan kediaman, memaksa pemindahan dan mencemarkan udara selama berminggu-minggu.

Suhu laut yang meningkat pula membuatkan algae bertoksik membiak pantas di Laut Ahukchi di Artik.

Kehilangan bongkah dan dataran ais membuatkan permukaan laut menyerap lebih banyak suhu panas, mencetuskan kitaran termodinamik yang mengakibatkan siri kesan perubahan iklim di seluruh dunia, ujar Thoman.

Laut Bering menunjukkan isyarat jelas apabila populasi ikan ketara berkurangan dan bangkai-bangkai burung laut mencemari pantai.

“Situasi luar biasa pada 2019 akan menjadi petunjuk kepada masa depan Alaska. Ia akan terus berlaku,” keluh Brettschneider.

Sumber: Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *