“Selalu Mengadu Belum Jumpa Jodoh” – Lelaki Bunuh Diri Di Tempat Kerja

Seorang penjaga gudang berusia 56 tahun ditemui mati tergantung oleh penduduk setempat, lapor Tribun.

Lelaki yang dikenal pasti sebagai Junaedi itu dipercayai mengalami depresi kerana belum bertemu jodoh. 

Junaedi bekerja di sebuah gudang barangan elektronik di Bandar Bekasi, Jawa Barat itu ditemui di rumah sewa yang bersambung dengan tempat kerjanya.

Sumber: Kompas

Menurut Ketua Polis Daerah bahagian Hubungan Masyarakat, Erna Ruswing Andari, melalui maklumat diperolehi daripada warga setempat, Junaedi mengalami depresi kerana masih belum jumpa jodoh dan berkahwin.

Dari informasi tetangga pria ini memang mengalami depresi, hidup seorang diri dengan umur segitu belum dapat jodoh.”

Dia sering mengadu serta mengeluh dengan jiran, Mulyono tentang dirinya yang masih bujang di usia sebegitu. Malam sebelum kejadian juga dia sempat meminta Mulyona carikan orang pandai untuk dijadikan isteri.

Gambar – Tribun

Malah difahamkan Junaedi juga sempat meminta keluarga mendoakan supaya dia cepat bertemu jodoh sebelum tinggal sendirian di rumah sewa tersebut. Sebelum ini dia pernah bercinta beberapa kali namun hubungan tidak berakhir ke jinjang pelamin.

Kata keluarganya memang ada dikenalkan dengan wanita, tapi tak ada yang jadi (kahwin), taktau kenapa agaknya.”

Kerana kesepian dan depresi hidup sendirian, Junaedi menamatkan riwayatnya dan menurut polis dia mengikat lehernya menggunakan tali gantung serta dijumpai masih lengkap berpakaian.

“Pada mulutnya juga nampak air liur yang keluar akibat jeratan tali pada leher yang membuatnya mati kehabisan nafas. Tidak ditemukan tanda-tanda kekerasan, hanya luka pada bahagian leher.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *