Tiga Keluarga Hilang Tempat Berteduh, Rumah Musnah Terbakar

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gombizau, Kudat. – Gambar Bomba Sukarela Kudat

KUDAT: Tiga keluarga kehilangan tempat berteduh apabila kediaman mereka di Kampung Gombizau, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Semua mangsa sempat menyelamatkan diri sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, pada pukul 11.30 malam.

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gombizau, Kudat. – Gambar Bomba Sukarela Kudat

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata sebaik menerima panggilan kecemasan itu, pasukan bomba diketuai Mohd Saidi Tabin bersama enam anggota BBP Kudat dengan menggunakan dua jentera bergegas ke lokasi kebakaran.

“Pasukan bomba mengambil masa selama 34 minit untuk sampai ke lokasi dan seterusnya memadam kebakaran hingga terkawal pukul 12.10 tengah malam.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah yang musnah sepenuhnya. Operasi memadam tamat pada pukul 1.39 pagi,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Gombizau, Kudat. – Gambar Bomba Sukarela Kudat

Menurutnya, kebakaran tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Tambahnya lagi punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. –

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *