Tikam Bapa Rebut Rumah

Liscia (kiri) bersama peguamnya ketika dihadapkan ke mahkamah untuk mendapatkan ikat jamin. – Foto Agensi

Seorang wanita bertindak kejam apabila menikam bapanya yang berusia 69 tahun semata-mata mahu merampas rumah milik lelaki berkenaan.

Polis memberitahu, Liscia Willis, 49, menikam bapanya, James Lee Dunlap beberapa kali sebelum meninggalkan mayat lelaki itu di ruang bawah tanah rumahnya di Forest Park, Ohio.

Selepas membunuh Dunlap yang juga bekas pesara polis, Liscia mula memindahkan barangnya ke dalam rumah lelaki itu.

Polis percaya Liscia merancang untuk mengambil alih hak pemilikan rumah itu yang ketika ini atas nama bapanya.

Mayat Dunlap ditemui di rumahnya pada Jumaat lalu selepas ahli keluarganya meminta bantuan polis apabila gagal menghubungi lelaki itu.

WKRC-TV melaporkan, Liscia ditangkap Sabtu lalu dan mahkamah Hamilton County kelmarin mengenakan ikat jamin berjumlah AS$1 juta (RM) terhadapnya.

Peguamnya, Clyde Bennett berkata, Liscia tiada rekod jenayah atau sejarah penyakit mental. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *