Calon PRK Kimanis, PBS & UMNO Sabah Cuma Sembang-Sembang – Maximus

Dr Maximus bersalaman dengan Bung Mokhtar semasa menghadiri Rumah Terbuka Krismas PBS di Hongkod Koisaan, Penampang hari ini

PENAMPANG: PBS dan Umno Sabah hanya berbincang secara informal mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, menurut Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

“Ya PBS dan Umno berbincang, sebenarnya cuma sembang-sembang sahaja mengenainya namun kita mempunyai cara pemikiran kita sendiri. Kita juga masih lagi sedang melihat sentimen di bawah sana.

Dr Maximus bersalaman dengan Bung Mokhtar semasa menghadiri Rumah Terbuka Krismas PBS di Hongkod Koisaan, Penampang hari ini. Gambar SNT/Chris Maskilone

“Pemimpin kanan kita yang bertanggungjawab menjaga bahagian PBS di Kimanis menyatakan PBS mempunyai sokongan di sana (30 bahagian di Bongawan dan 30 bahagian lagi di Membakut),” kata Dr Maximus.

Ditemui semasa majlis Rumah Terbuka Krismas PBS di Hongkod Koisaan, KDCA di sini hari ini, Dr Maximus juga enggan memberi apa-apa petanda parti itu akan turut mengemukakan calon dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada Jan 18 tahun hadapan.

Dr Maximus bersalaman dengan Bung Mokhtar semasa menghadiri Rumah Terbuka Krismas PBS di Hongkod Koisaan, Penampang hari ini

Beliau hanya menjelaskan semasa “sembang-sembang” dengan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Bung Mokhtar, beliau telah menyatakan pendirian PBS yang akan menyokong parti atau calon yang mempertahankan hak-hak Sabah serta daripada dibelenggu pendatang tanpa izin (PTI).

Ditanya sekiranya PBS tidak bertanding di PRK Kimanis apakah parti itu akan membantu dalam kempen pilihanraya calon Umno sepertimana Umno Sabah juga telah membantu calon PBS semasa PRK Sandakan pada Mei lalu, beliau berkata:

“Sepertimana yang saya katakan tadi, PBS akan sokong mana-mana calon atau parti yang memperjuangkan hak-hak Sabah, mempertahankan MA63 dan berjanji membuat Sabah selamat daripada PTI.

“Jikalau Umno memenuhi kriteria ini maka kita akan sokong.”

Kelmarin, Bung dipetik sebagai berkata bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan PBS yang berkesudahan positif.

Turut dilaporkan bahawa Bung telah meminta PBS agar membiarkan Umno bertanding di PRK Kimanis nanti.

Bung bersama beberapa pemimpin Umno Sabah lain termasuk bekas Adun Bongawan, Datuk Mohamad Alamin antara tetamu yang hadir dalam Rumah Terbuka Krismas PBS tadi.

Walaubagaimanapun, Dr Maximus menyatakan kerusi parlimen Kimanis adalah kawasan berbilang kaum dan parti seperti PBS sentiasa mempunyai tempat di kawasan sedemikian.

“Pengundi KDM boleh menjadi kingmaker (penentu) di PRK Kimanis. Berdasarkan maklum balas dari akar umbi di Kimanis, PBS boleh menjadi penentu. Mana-mana parti berbilang kaum seperti PBS mampu menarik sokongan daripada semua kaum, maka kita percaya PBS akan jadi penentu siapa yang akan menang nanti,” ujarnya.

Beliau berkata PRK Kimanis tambah menarik memandangkan antara 6,000 hingga 8,000 pengundi Kimanis merupakan pengundi atas pagar.

“Ini bukanlah satu pilihan raya kecil yang mudah,” kata Dr Maximus.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *