95 Penduduk Terjejas Banjir Di Sook & Keningau

Keadaan banjir di Kampung Belia Tiulon

KOTA KINABALU, 25 Dis: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sook, Keningau bagi menempatkan 95 mangsa banjir daripada 19 keluarga, semalam.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan hari  ini, PPS berkenaan dibuka selepas dua kampung di Sook masing-masing, Kampung Rancangan Belia Tiulon dan Kampung Sook Pusat dinaiki air berikutan hujan berterusan semalam.

Antara penduduk yang terjejas banjir ditempat di Dewan Masyarakat Sook

Jalan perhubungan utama ke Kampung Rancangan Belia Tiulon turut terjejas, bagaimanapun, ketika ini air sudah mulai surut.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *