Monggoh Orow Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Tuaran,Datuk Monggoh Orow, 73, meninggal dunia kira kira 6pm tadi.

Mendiang sebelum ini menghadapi komplikasi  kesihatan.

Jenazah mendiang

akan dibawa pulang ke Kampung Tagai di Tuaran malam ini dan akan dibawa ke Wisma Fook Lu Siew petang esok.

Jenazahnya akan disemadikan pada 24 Disember.

Ahli Parlimen Tuaran,  Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan  berkata beliau mendapat banyak didikan daripada  Monggoh.

Mendiang pastinya  akan dikenang.

“Saya dalam perjalanan ke makan malam amal Krismas apabila mendengar berita sedih ini. Doa dan ingatan saya kepada keluarga mendiang lebih lebih lagi pada ketika ini dimana ia sepatutnya masa untuk kegembiraan dan kesyukuran (sempena Krismas). Salam takziah,”

“Saya berdoa untuk jiwa mendiang yang banyak memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman,” katanya.

Menurut Madius, Monggoh  akan dikenang kerana kepimpinan dan visi untuk Tuaran.

“Mendiang  memberi perhatian kepada komuniti luar bandar dan sejak beberapa tahun lalu, mendiang adalah penggerak utama Koperasi Getah, dan usaha memelihara bahasa Lotud sebagai bahasa ibunda,” katanya.

Menurut Madius, pernah suatu ketika dahulu, diambang pilihanraya umum, mendiang pernah membicarakan secara terbuka ketika sesi bertemu pemimpin  bahawa dirinya tidak akan bertanding KERUSI Parlimen kerana menyokong penuh kepimpinan dan pencalonan Madius.

“Terima kasih kerana telah memainkan peranan dengan baik di Tuaran.  Sukar mencari pengganti anda,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *