Jutawan Muda Cari Jurugambar Ikut ‘Travel’ Mengelilingi Dunia, Gaji Dibayar RM200,000 Setahun

Seorang jutawan dari Australia menawarkan peluang kepada individu yang bertuah untuk menjadi jurugambar peribadinya yang akan dibayar lebih RM157 ribu setahun.

Pengasas Akademi Ecom Warrior, Matthew Lepre, mencari individu untuk mengambil gambarnya sepanjang kembara melancong di Eropah dan Amerika Syarikat.

Gambarnya juga perlu dimuatnaik ke dalam laman media sosial.

Individu yang ingin menjadi jurugambar beliau perlu mempunyai pasport, boleh melancong jika diberikan notis dalam waktu yang singkat dan mempunyai ‘mata’ untuk mengambil gambar yang sempurna.

Menurut Matthew, perniagaannya  berkembang dengan pantas dan beliau memerlukan seorang teman yang boleh bekerja di bidang ini.

Justeru, beliau membuka peluang kepada setiap orang untuk mengisi peranan ini.

“Beberapa tahun yang lalu, saya berjaya mengembangkan perniagaan sambil menjelajah ke Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Amerika Syarikat, New Zealand, Itali, Sepanyol, Switzerland dan Thailand yang memperlihatkan saya perlu bergantung kepada rakan baik untuk untuk mengambil gambar di dalam telefon bimbitnya,” katanya.

April lalu, beliau telah menerima menerima beribu email yang berminat untuk menjadi pekerjanya dan 75 peratus dari mereka adalah perempuan.

“Mereka yang berminat dengan kerja ini haruslah seorang yang bekerja kuat namun dalam pada waktu yang sama seorang yang ceria dan spontan”, katanya.

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *