Pengedar Syabu Warga Filipina Ditahan

Warga Filipina yang ditahan dipercaya pengedar syabu

LAHAD DATU: Seorang lelaki Filipina ditahan selepas didapati terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah di Taman Panji, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, polis turut merampas dadah jenis syabu yang disimpan dalam plastik lutsinar seberat 30.35 gram.

Syabu yang dirampas

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum itu, polis menjalankan pemantauan di lokasi kejadian selepas mendapat maklumat awam berlakunya aktiviti pengedaran dadah di situ.

“Hasil pemantauan, polis menemukan suspek berumur 32 tahun dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Tambah Nasri, suspek cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun tidak berjaya.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi empat paket kecil plastik berisi hablur dipercayai dadah jenis syabu di bahagian poket seluarnya.

“Suspek juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan,” katanya.

Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *