Pastor Rugi RM300,000 Rumah Dimasuki Pencuri

KOTA KINABALU: Seorang paderi menanggung kerugian hampir RM300,000 selepas kediamannya di Taman Jindo, dimasuki pencuri.

Lelaki berusia 52 tahun hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 1 pagi tadi, selepas mendapati pintu utama terbuka dan kunci mangga diumpil sebaik tiba di rumahnya selepas pulang dari bercuti.

Keadaan pintu pagar disyaki diumpil sebelum suspek memecah masuk rumah mangsa.-Gambar SNT/Sumber Media Sosial 

Pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat barang yang hilang antaranya dua kenderaan jenis Toyota, barang kemas, jam berjenama, telefon bimbit dan komputer riba.

Turut hilang wang tunai pelbagai matawang asing dan dianggarkan jumlah keseluruhan kerugian RM300,000.

Keadaan rumah mangsa yang  berselerak disyaki dimasuki pencuri.-Gambar SNT/Sumber Media Sosial 

Difahamkan, mangsa bersama keluarga bercuti ke luar negara pada 8 Disember lalu.

Ketika meninggalkan rumah mereka, semua pintu dalam keadaan berkunci.

Selepas kejadian itu, mangsa membuat laporan polis pagi tadi.

Polis menjalankan pemeriksaan di lokasi rumah mangsa disyaki dimasuki pencuri.-Gambar SNT/Sumber Media Sosial 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan kes berkenaan sedang dijalankan termasuk mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

SabahNews Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *