Enggan Ambil Suntikan Imunisasi, Ibu Bapa Boleh Didakwa – Hannah Yeoh

Sikap sesetengah ibu bapa yang enggan memberi suntikan vaksin dan imunisasi kepada anak-anak menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit yang membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa kanak-kanak, boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada kanak-kanak.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan menasihati ibu bapa agar lebih peka dengan kesihatan kanak-kanak dan bertanggungjawab dalam pemeliharaan kanak-kanak supaya mengikut saranan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan kanak-kanak berada dalam keadaan baik.

“Rang undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 kini dalam tindakan untuk diwartakan dan dikuatkuasakan bagi meningkatkan hukuman bagi seksyen 31 berkenaan,” katanya.

Akta Kanak-kanak 2001 telah dipinda melalui Rang Undang-undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 dan telah diluluskan di kedua-dua Dewan Rakyat pada 6 April dan Dewan Negara pada 4 Mei lalu”, katanya.

Tambahnya lagi, Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] menyatakan bahawa mana-mana orang yang menganiayai kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *