Bapa Tiri Didakwa Paksa Anak Melutut 9 Jam Atas Lantai Kasar Sampai Lutut Hancur

Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menjalani pembedahan pada lututnya apabila dipaksa melutut diatas permukaan ‘kasar’ oleh bapa tirinya.

Kanak-kanak malang itu dipaksa melutut diatas permukaan kasar yang dipercayai biji bijian gandum, selama sembilan jam kerana pulang rumah lewat.

Bapa tiri itu juga dikatakan telah menendang dan menarik rambut anak tirinya itu yang pada ketika itu sedang berlutut. Malah tindakan bapa tirinya itu disokong oleh ibu mangsa dengan hanya melihat sahaja tindakan suaminya itu.

Pasangan itu dikatakan telah menemui cara hukuman tersebut di internet dan mempraktikan kepada anak mereka.

“Saya telah memeriksa sendiri dan membuat eksperimen keatas lutut saya dan ia tidak menyakitkan”, kata ibu mangsa.

Bagaimanapun, menurut sumber mangsa dipaksa melutut diatas permukaan kasar dan turut menangis kerana ditendang oleh bapa tirinya itu.

Perkara tersebut dimaklum sendiri oleh mangsa apabila dia bertindak melarikan diri ke rumah jirannya untuk mendapatkan bantuan.

Pasangan itu sedang disiasat atas dakwaan menyeksa anak mereka hingga menyebabkan kecederaan pada anggotanya.

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *