(VIDEO) Ibu Tidak Perasan Anak Sudah Mati

Geraldine mendukung Zymere ke hospital.

WASHINGTON: Seorang wanita hanya membawa mayat anaknya yang maut dipukul kekasihnya ke hospital beberapa jam selepas kematiannya, malah sempat mengemas rumah, membaca, memandikan mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu dan bersolek.

Geraldine Perkins, 29, mendakwa berbuat demikian kerana menyangka anaknya Zymere, sekadar berpura-pura sakit selepas dipukul menggunakan batang kayu penyapu dan paip mandian kerana berak di ruang tamu pada September 2016.

Teman lelakinya, Rysheim Smith, 45, turut menggantung kanak-kanak itu pada penyangkut di belakang pintu untuk seketika sebelum menurunkan mangsa dan mencampaknya ke dalam bilik.

Geraldine hanya menyedari Zymere sudah meninggal dunia apabila mangsa tidak bergerak setengah jam selepas Smith keluar untuk membeli makanan.

Sementara menunggu Smith pulang, Geraldine mengemas rumah, membaca dan turut mengambil masa selama 10 minit untuk bersolek dan memakai rambut palsu sebelum membawa mayat anak ke hospital. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *