Bom Ikan: 4 Lelaki Pala’u Ditahan Di Semporna

Kesemua mangsa ditangkap dan dibawa ke pangkalan marin.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan empat lagi lelaki Palauh dipercayai menjalankan aktiviti mengebom ikan di perairan laut Bulipatuid, di sini kelmarin.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek berusia 23 hingga 25 tahun itu ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti mengebom ikan pada jam 2.30 petang.

Alat pengeboman ikan yang dirampas anggota marin.

“Anggota kita kemudiannya bertindak menahan bot pam suspek untuk diperiksa dan mendapati terdapat seorang juragan dan tiga awak-awak di dalam bot terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut, turut ditemukan satu botol kaca berisi baja ammonia, detonator lengkap bersama sumbu serta mancis dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti mengebom ikan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata semua suspek dan barang rampasan termasuk bot pam dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM4,095.50 dan kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta  Bahan Letupan 1957.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *