Rumah Janda Anak Satu Musnah Dibakar Kekasih

Siti Zulaeha menunjukkan foto kekasihnya yang membakar rumah.

Palembang: Kerana mengesyaki kekasihnya curang, seorang lelaki seperti hilang akal apabila bertindak membakar rumah wanita itu sebelum melarikan diri.

Dalam kejadian semalam, kediaman milik Siti Zulaeha, 25, yang juga janda anak satu bersama keluarganya di Kertapati, Palembang, Sumatera Selatan musnah dijilat api.

Siti Zulaeha menunjukkan foto kekasihnya yang membakar rumah.

Jurucakap polis, Eterna Agustinus berkata, sebelum kejadian itu jiran melihat Vijie, 25, yang juga kekasih Siti Zulaeha datang ke rumah itu dengan membawa botol minyak.

Tidak lama selepas itu, jiran melihat rumah wanita itu terbakar dan Vijie segera melarikan diri.

“Beberapa jiran mengejar lelaki itu tetapi dia berjaya melepaskan diri.

“Tiada mangsa yang cedera kerana ketika kejadian tiada penghuni di rumah,” katanya.

Keadaan rumah Siti Zulaeha selepas musnah terbakar.

Sementara itu, Siti Zulaeha memberitahu, Vijie seorang yang panas baran dan sangat cemburu malah dia sering dipukul kekasihnya itu.

“Saya dituduh curang walaupun saya tidak berbuat begitu. Dia datang ke rumah untuk mencari saya tetapi saya tiada menyebabkan dia marah dan terus membakar rumah,” katanya.

Siti Zulaeha menunjukkan gambar Vijie yang dipercayai membakar rumahnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *