Lelaki Maut, Motosikal Ditunggang Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Mangsa berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian – Foto Ihsan Pembaca

LAHAD DATU; 10 DISEMBER 2019 (Selasa) – Seorang penganggur maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum melanggar tiang lampu pembahagi jalan dan tercampak dalam kejadian kemalangan di Kilometer 3 Jalan Lahad Datu-Sandakan, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, lelaki berumur 20 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikalnya seorang diri dalam perjalanan dari arah bandar Lahad Datu menuju ke jalan Sandakan.

Bagaimanapun, sebaik di lokasi kejadian iaitu selepas selekoh, mangsa dipercayai gagal mengawal pergerakan motosikannya lalu terbabas terlanggar satu tiang lampu pembahagi jalan menyebabkan mangsa tercampak di atas jalan raya.

Menurut ACP Nasri, kes akan disiasat
di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *