Jalan Tamparuli-Kiulu Terputus

Jalan Tamparuli-Kiulu yang terputus akibat tanah mendap selepas hujan berterusan sejak semalam.-Gambar sumber Facebook.

TAMPARULI: Hujan berterusan sejak petang semalam mengakibatkan laluan sepanjang 28 meter di Jalan Tamparuli-Kiulu di sini terputus.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Richard Jomiji ketika dihubungi berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Jalan Tamparuli-Kiulu yang terputus akibat tanah mendap selepas hujan berterusan sejak semalam.-Gambar sumber Facebook.

Katanya, tanah mendap di kawasan berkenaan menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di Jalan Kiulu Lawa Mondou, Jalan Kiulu Logkou Lama, atau Jalan Bungalio Logkou Timbok.

Jalan Tamparuli-Kiulu yang terputus akibat tanah mendap selepas hujan berterusan sejak semalam.-Gambar sumber Facebook.

“Laluan Bypass sementara akan dibina segera untuk laluan kenderaan sementara pembaikan semula jambatan asal,” katanya.

Beliau berkata, kejadian terbabit dikategorikan sebagai bahaya dan ia turut melibatkan laluan yang menuju ke kawasan kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *