Hujan Lebat: Amaran Waspada Dikeluarkan Bagi 7 Daerah Di Sabah Sehingga Sabtu

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca Waspada (kuning) bagi 7 daerah di negeri Sabah.

Keadaan ini dijangka mengakibatkan hujan lebat di kawasan-kawasan terbabit bermula hari ini sehingga 12 Disember 2019.

Kawasan terlibat ialah kawasan Ranau, Kota Belud, Sandakan, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang merancang aktiviti pada sepanjang tempoh tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/photos/a.330711973645439/2505862406130374/?type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *