PH Sabah Sokong WARISAN Letak Calon Di PRK Kimanis

Christina Liew

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah akan menyokong sepenuhnya calon yang akan di pilih oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pengerusjnya, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh semua parti komponen PH Sabah.

“Sebagai Pengerusi PH Sabah, saya telah bercakap secara peribadi kepada Pengerusi parti-parti komponen Sabah iaitu DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Amanah.

“Kami telah sepakat bersetuju untuk membuang  sokongan undi kami kepada calon Warisan untuk pilihan raya kecil Kimanis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christina yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berkata, satu mesyuarat ketua-ketua semua parti komponen PH Sabah akan diadakan tidak lama lagi untuk memformalkan perjanjian itu.           

Pada 16 Ogos, Mahkamah Pilihan Raya Sabah membatalkan kemenangan Anifah bagi kerusi Parlimen Kimanis dalam PRU14 kerana didapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Dalam PRU14, Anifah, yang juga bekas Menteri Luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi, dalam persaingan tiga penjuru.

Anifah memperoleh 11,942 undi berbanding calon Warisan, Karim (11,786 undi) dan Jaafar Ismail (1,300 undi).

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *