Ops Sarang: Polis gempur Sarang Dadah Di Likas & Sinsuran

Kelihatan beberapa anggota polis berjaya menahan seorang penagih ketika dalam Op sarang.

KOTA KINABALU: Polis menahan 32 individu termasuk enam warga asing atas beberapa kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang yang dijalankan bermula 30 November hingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitenden George Abd. Rakman berkata, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik itu turut berjaya merampas dadah jenis syabu sebanyak 58.01 gram dan pil ekstasi seberat 2.40 gram yang dianggarkan bernilai RM8,925.

Seorang anggota polis ketika melaksanakan tugas dalam Op sarang.

Beliau berkata, operasi dilakukan di sekitar kawasan Sinsuran dan Kampung Likas.

Katanya, operasi diteruskan dengan Op Ice Breaker yang melibatkan 12 pegawai dan 136 anggota di mana seramai 101 orang lelaki dan wanita diperiksa.

“Seramai 32 individu ditangkap dibawah  Akta Dadah Berbahaya, kejayaan terbesar ialah satu tangkapan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 diikuti Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

Salah satu suspek yang ditahan dalam Op sarang.

“Dua individu ditahan atas kesalahan pengedaran dadah diikuti tiga individu bagi kesalahan memiliki dadah manakala 27 lagi melibatkan kesalahan urin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, George menegaskan, usaha pihak polis membanteras penyalahgunaan dadah akan diteruskan demi kesejahteraan orang awam di sekitar Kota Kinabalu.

“Kerjasama daripada orang awam amat kami perlukan dengan menyalurkan maklumat ke talian Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 088529220 atau halaman Facebook kami,” katanya.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *