‘Dasar Suami Tak Guna!’ – 4 Tahun Hilang, Isteri Sangka Suaminya Sudah Mati Rupanya Kahwin Dengan Jiran Sebelah Rumah

Gambar Hiasan

Apalah nasib seorang isteri di Madura, Indonesia selama empat tahun menyangka suaminya telah hilang, rupa-rupanya lelaki itu ada berdekatan dengannya selama ini.

Malah, suaminya telah berkahwin dengan perempuan lain. 

Si isteri yang hanya dikenali sebagai UH berusia 38 tahun sebelum ini menyangka suaminya, SR, berusia 41 tahun hilang tanpa sebarang khabar berita.

Ketika itu, UH tidak pasti sama ada suaminya benar-benar hilang atau sengaja meninggalkan dia. 

Semenjak dari itu, UH tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja untuk menyara kehidupannya dan anak, tanpa diberi nafkah oleh suami.

Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah dimaklumkan bahawa suaminya masih hidup dan kini bahagia dengan isteri baru serta dikurniakan tiga cahaya mata. 

Apa yang menyedihkan UH, wanita yang juga madunya itu rupa-rupanya adalah jirannya sendiri yang juga merupakan kakitangan kerajaan negeri. 

Ahli keluarga UH, Idrus, berkata, memang benar SR berlaku curang dan telah berkahwin dengan isteri kedua yang kini hamil anak keempat. 

Jelas Idrus, perkara terbongkar selepas ibu bapa isteri kedua yang memberitahu sendiri kepada UH bahawa SR adalah suami yang sah kepada anak mereka. 

UH sangat terkejut dan tidak menyangka perkara itu berlaku kerana selama ini suaminya berada berdekatan dengan dia di mana jarak rumah UH dengan rumah madunya hanya 10 meter sahaja. 

Sepanjang tempoh empat tahun itu, SR yang masih merupakan suami yang sah kepada UH, langsung tidak pernah menghubungi isteri pertamanya, mahupun bertanya mengenai khabar anak mereka.

Sumber: Sosok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *