(VIDEO) ‘I Love Garuda’ – Maria Ozawa Kini Jadi Penyokong Tegar Timnas Indonesia

Bekas pelakon filem dewasa, Maria Ozawa, kini kembali trending di media sosial terutamanya di Indonesia apabila Maria dilaporkan memberi sokongan kepada Garuda. 


Model berusia 33 tahun itu dilihat menghadiri perlawanan bola sepak di antara Indonesia dan Thailand sempena Sukan SEA yang diadakan di Filipina. 


Dua negara berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan Maria, tetapi Maria datang ke stadium itu memakai jersi pasukan Garuda, malah memuat naik gambar dirinya mencium bendera Indonesia sebagai tanda penyokong setia pasukan itu. 


Menurut sebuah portal berita Indonesia, Maria kini menyatakan sokongannya terhadap Garuda dan ketika perlawanan tempoh hari, Maria meramalkan Indonesia akan menang 2-0 dan ternyata ramalannya itu benar.


Model popular itu sebelum ini pernah membintangi filem di Indonesia dan sokongannya terhadap Garuda baru-baru ini menggembirakan supporter Indonesia.

Malah ada yang mengatakan Maria Ozawa adalah maskot tidak rasmi bagi Garuda. 

Sumber: BeritagarWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *