“Saya Rindu Ex Saya” – Guru Memandu Raba Remaja 18 Tahun Masa Tengah Latihan Atas Jalan

Malang tak berbau, siapa sangka orang yang Sarah hormat selamat dan patuh dengan arahannya ini rupa-rupanya jadi ancaman besar buatnya sendiri.

Memori pahit yang dia alami semasa umurnya 18 tahun ini telah membuatkan dia sampai sekarang trauma bila mengenangkan nasibnya menjadi mangsa gangguan seksual oleh guru memandunya sendiri.  Baca pengalamannya ini.

Belajar memandu, konon nak singgah kedai, minta park kereta dekat tempat sunyi

Pada waktu itu Sarah sedang memakai baju t-shirt ayahnya dan seluar ketat (leggings) masa hari kejadian.

“Saya belajar memandu selama 4 jam dengan dia hari tu, dan kami berdua sangat mesra sebab dia sangat baik”

Mereka berborak sambil sesi belajar memandu, sepanjang 2 jam Sarah belajar memandu, cikgunya minta untuk berehat seketika dan minta Sarah pandukan kereta ke kedai runcit serbaneka untuk membeli minuman. Masa ini lah, dia dah mula diancam.

“Dia akan bagi arahan kat mana saya perlu berhenti, dia bagi panduan tempat yang sepatutnya saya park kereta. Tapi saya mula hairan tempat yang dia suruh saya berhenti tu tempat agak sunyi, saya pun ikut je lah”

Kemudian mereka berbual, tiba-tiba si cikgu ni sentuh pasal satu topik ni..

Cerita pasal kisah cinta yang ada unsur-unsur kotor

Gambar Hiasan (Sumber: Nanyang Chronicle )
Saat masing-masing ceritakan masalah dan luahan hati hubungan mereka sebelum ini. Cikgu itu tiba-tiba mula melakukan perbuatan seksual terhadap Sarah dengan mengatakan.

“Saya suka masa saya jilat dan dia pancut dekat saya” – Cikgu

Sarah dah mula rasa cemas sebab cikgu tu dah mula pegang dan raba Sarah. Terkejut dengan apa yang dia lakukan, Sarah cuba nak cakap tapi cikgu tu potong dia kata:

“Saya rindu dia sangat, tapi dapat juga lepaskan sebab semua buah dada wanita bagi saya sama je”

Malah siap tanya soalan lucah lagi!

“Awak ni shave ke berbulu”

Lepas dia katakan begitu tangan si cikgu tu terus merayap. Risau, terkejut, marah dan takut pada masa tu, Sarah cuba lindungi dirinya sambil menangis kerana tergamam dengan apa yang terjadi.

Rasa trauma, marah, dan dendam sampai sekarang

Gambar Hiasan (Sumber : Huffpost)
Sebagai seorang wanita, sudah semestinya Sarah jadi panik. Sarah terus minta pulang tapi sepanjang perjalanan tu tangan dia melakukan perbuatan tak senonoh, rasa trauma dan sedih sejak dia dah mula sampai ke pusat memandu itu sehingga dirasai sampai ke hari ini.

“Saya sampai rumah, saya saya menangis, rasa geram dan marah pun ada sebab biarkan dia buat kat sana macam tu. Sampai sekarang saya tertanya-tanya kenapa saya tak lawan” – Sarah

Ibubapa Sarah minta suruh buat laporan polis, tapi katanya macam tak membantu dirinya.

“Rasa macam neraka je, kena duduk dalam bilik kecil, ceritakan balik apa yang terjadi masa tu dan kena ingat balik setiap perincian detik-detik sewaktu saya tengah memandu tu yang menyakitkan hati saya, tapi tak ada keadailan yang sepatutnya saya boleh tuntut”

Buat lah apa-apa sekalipun lelaki tu tak disabitkan kesalahan pun, kata Sarah lagi. Sejak kes itu, Sarah menangis setiap malam sehingga makan minggu, dia diselubungi dengan rasa trauma, sedih, malah dan marah dengan diri sendiri kenapa tak tegas pada hari kejadian.

Kalau dia suruh berhenti takkan ada perkara buruk yang terjadi kepadanya. Sampai harini, insiden itu masoh lagi menjadi mimpi ngerinya.

“Sekarang ini saya dah tak pakai leggings lagi dah, sejak saya tahu dia tak boleh kawal dirinya bila nampa saya pakai seluar ketat”

Berdasarkan perkongsian Sarah secara eksklusif dengan WORLD OF BUZZ, ini dia sekarang cuba untuk ubati dirinya sendiri dan belajar untuk memaafkan diri sendiri atas apa yang terjadi.

Bila admin tengok cerita macam Sarah ni kan, admin baru teringat yang kalau korang ada pengalaman kena gangguan atau mangsa keganasan seksual ni korang boleh persi satu tempat ni.

Neo SPICE Co. & Se(sh) ada menganjurkan event  setengah hari dimana korang boleh buat  perkongsian secara terbuka, perbincangan panel, bacaan puisi dan aktiviti yang mewujudkan kesedaran tentang gangguan seksual dan keganasan seksual.

Acara ini merangkumi seluruh maklumat dan info tentang gangguan seksual, perbincangan panel akan memberi tumpuan bagaimana ia memberi kesan kepada seseorang.

Ada sediakan ruang yang selamat dan sesi reflektif untuk ceritakan segala-galanya jadi senang untuk berikan pandangan yang lebih peribadi mengenai isu ini di Malaysia, korag juga akan mempelajari bagaimana nak mengatasi dan menyembuhkannya, dan apa yang dapat kita lakukan.

Kalau korang antara golongan yang terkena gangguan seksual tu, korang boleh konsikan pengalaman supaya orang alert dengan isu ini dengan cara isi borang dekat sini.

Pendek cerita, event ni juga mampu memberikan terapi minda untuk pulihkan golongan-golongan yang tauma akibat gangguan seksual.

LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *