Lelaki Maut Tercampak Keluar Daripada Kenderaan

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala selepas tercampak keluar daripad kenderaan dipandunya. – Gambar SNT/Ihsan IPD Papar

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandunya yang hilang kawalan dan terbalik dalam kejadian di Kilometer 13 Jalan Papar-Beaufort, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul tiga pagi itu, mangsa berusia 50-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Kenderaan dipandu mangsa terbalik dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Papar – Beaufort. – Gambar SNT/Ihsan IPD Papar

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata siasatan awal mendapati mangsa memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Invader seorang diri dipercayai dari arah Beaufort menuju ke Papar.

“Setibanya di lokasi mangsa gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas ke tepi jalan sebelum terbalik. Mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dengan kesan koyakan pada dahinya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat parah pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Batholomew berkata hasil siasatan awal juga dipercaya mangsa memandu laju kenderaannya.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu dengan melulu dan merbahaya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *