‘Beb, Malam Ni On Tak?’ – Isteri Hidap Kanser Tahap 4 Terkejut Jumpa Mesej Suami Curang Dengan Adik Kandungnya Sendiri

Tolong Hide profile saya min. Saya isteri berumur 44 tahun, ada tiga orang anak.

Bulan Ogos 2018, saya disahkan menghidap kanser payudara tahap empat. Hidup saya sejak itu keluar masuk hospital saja.

Payudara sebelah kanan sudah dibuang. Chemo dah 16 kitaran.

Saya baru saja keluar dari hospital. Sekarang kanser dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi balik dengan oksigen dan ubat tahan sakit. 

Saya tahu masa saya dah tak lama. Sepanjang duduk di dalam wad, saya dah nampak dah biasanya kanser tahap saya ini paling lama boleh tahan sampai raya ni je.

Saya dan keluarga pun dah tandatangan perjanjian dengan doktor hospital untuk tidak selamatkan saya (tak buat CPR atau masuk tibu dalam mulut saya) jika keadaan saya semakin tenat.

Sejak keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang pada waktu malam.

Saya tak tahu berapa lama dah dia jadi begini. Mungkin semenjak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu itu yang jaga saya adalah anak perempuan kami. 

Selepas dua minggu di rumah dan perhatikan perangai dia, saya cakap dengan dia kalau dia nak kahwin dengan perempuan lain, saya benarkan.

Cuma jangan kahwin sewaktu saya masih hidup saja dan saya nak tahu juga perempuan mana yang dia kacau itu.

 Dia tidak marah dan tidak juga menafikan. Mungkin dia nampak keadaan saya yang dah uzur.

Mungkin dia berasa kasihan untuk bergaduh dengan saya. 

Dua hari lepas, saya dapat curi sekejap telefon dia sewaktu dia masuk tandas.

Betapa hancurnya hati saya terjumpa mesej ini. Saya cuba menghubungi nombor itu tetapi tidak dijawab. Saya gunakan kad sim anak saya call, barulah berjawab.

Terkejut saya apabila mendengar suara yang menjawab itu adalah suara adik perempuan saya sendiri.

Yang lebih menyakinkan dia adalah adik saya apabila saya terdengar suara di belakangnya adalah suara mak saya yang berleter. 

Saya terus tamatkan panggilan. Saya terkedu dan tak boleh cakap apa-apa. Adik saya janda muda, baru berumur 28 tahun, model tudung lagi.

Mestilah orang berkenan. Tetapi kenapa yang berkenan itu mesti suami saya? 

Kalau saya serang suami dengan adik, maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak-anak pun habis hancur.

Saya mungkin dah tak lama di atas dunia ini. Kalau saya diam, semua orang selamat. Anak saya takkan tahu perangai ayah mereka macam mana.

Saya rasa macam nak minta kat Tuhan untuk cabut nyawa saya sekarang! Saya tak mahu susahkan sesiapa dan sudah bersedia untuk pergi. 

Saya nak tanya, kalau tuan puan duduk di tempat saya, tuan puan buat macam mana?

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *