Bapa Tikam Rakan Sekelas Anak Dihukum Mati

Wang (tengah) dijatuhi hukuman mati selepas menikam Liu di dalam kelas. Gambar Agensi

BEIJING: Seorang bapa dihukum mati selepas didapati bersalah menikam seorang budak lelaki berusia sembilan tahun di dalam kelas kerana membuli anak perempuannya.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Wang menikam kanak-kanak berkenaan lebih enam kali hingga mati, sehari selepas anaknya mengadu dibuli mangsa.

Wang didapati bersalah pada atas tuduhan membunuh dengan niat oleh mahkamah wilayah Jiangxi pada Jumaat lalu dan dijatuhi hukuman mati.

Kejadian menyedihkan itu berlaku pada 10 Mei lalu di Sekolah Rendah Shangrao di Jiangxi.

Menurut mahkamah, anak perempuan Wang yang dikenali sebagai He mengadu dia dibuli oleh mangsa yang dikenali sebagai Liu dan duduk di sebelah mejanya.

Keesokan harinya, Wang datang ke sekolah anaknya dan terus menyerang Liu yang duduk di dalam kelas dengan menikam dada, belakang, perut, kaki dan tangan mangsa beberapa kali.

Dia kemudiannya mencampak kanak-kanak itu keluar kelas.

Selepas serangan berkenaan, Wang berdiri di taman permainan di sekolah itu sebelum ditangkap polis. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *