“Saya Tidak Cakap Begitu, Anda Buktikan Bila Saya Kata Begitu” – Mohammadin

Datuk Mohamaddin Ketapi

SAYA TAK CAKAP JURUGAMBAR MEDIA ‘RUBBISH’ – MOHAMADDIN

KUALA LUMPUR: Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini menafikan mengherdik beberapa jurugambar dengan panggilan sampah (rubbish) dan bodoh (idiot).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu turut meminta media berkenaan untuk mendengar perkataannya dengan teliti sebelum membuat sebarang tuduhan.

“Mana ada. Saya tidak cakap begitu. Anda buktikan bila saya kata begitu. Baik kamu dengar betul-betul apa yang saya kata,” katanya

Beliau berkata demikian selepas sidang media yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Terdahulu, media meminta penjelasan Mohamaddin yang dikatakan memanggil jurugambar dengan gelaran berkenaan.

Ia susulan insiden beliau didakwa mengherdik seorang jurugambar ketika gambarnya diambil.

Mohamaddin yang dikatakan tidak gembira gambarnya diambil mempertikaikan tindakan berkenaan.

Muhammadin dalam pada itu turut menjelaskan, menggelar seseorang dengan panggilan berkenaan bukan sikap dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen.

Katanya, tindakan jurugambar yang mengejarnya ke tandas dan mengambil gambarnya juga seharusnya dihentikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *