Polis Kawal Rapi Kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

 Polis melakukan kawalan ketat di pintu masuk Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Keadaan terkini di perkarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu setakat jam 9.40 pagi.

Anggota polis menjalankan kawalan rapi di sekitar kawasan mahkamah termasuk laluan utama ke Istana Negeri berhampiran Bulatan Nenas, pintu utama dan laluan masuk ke dalam mahkamah. 

eadaan di sekitar kawasan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pagi ini terkawal.

Kawalan ini adalah untuk mengawal pergerakan keluar masuk bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku sepanjang pendengaran rayuan kes sivil Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini.

Seawal jam 8 pagi perkarangan komplekas sudah dipenuhi oleh kumpulan penyokongnya yang turut bersama-sama mengikuti perkembangan pendengaran kes ini.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *