Dalam TV Macam Betul, Viral Gambar Kerusi Stadium Sukan Sea Filipina Sebenarnya Hanya Cat Sahaja

Tuan rumah bagi Sukan SEA 2019 di Filipina untuk tahun ini terus dikritik hebat oleh sebahagian pengamal media selepas pelbagai permasalahan timbul dipercayai akibat daripada ketidak sediaan dalam menganjurkan temasya dwitahunan bagi kali yang ke-30 itu.

Permasalahan seperti pertukaran venue di saat akhir, venue perlawanan yang sedang dan masih diselenggara, masalah logistik serta tiada kemudahan internet adalah antara kelemahan yang dapat dilihat.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini tular satu foto memaparkan tempat duduk penonton di sebuah stadium yang didakwa tidak mempunyai kerusi sebaliknya hanya dicat sahaja seolah-olah menampakkan infrastruktur tersebut wujud di dalam kaca televisyen.

Rata-rata netizen yang melihat foto berkenaan dengan hal itu menzahirkan rasa kekecewaan serta sedih dengan persediaan yang dibuat oleh tuan rumah terhadap acara sukan yang termahsyur membabitkan negara-negara di Asia Tenggara itu.

Macam tak bersedia

Wakil pegawai kena check

Standard pertandingan laga ayam

Bata kaki lima

Sarapan ala kadar

Macam nak tak nak anjurkan

Sumber: Support Malaysia League (MSL)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *