Tidak Tahan Kerap Dibuli & Dihina Kerana Miskin, Remaja Minum Racun Serangga Sampai Mati

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Shanghai mengambil tindakan membunuh diri dengan minum racun serangga kerana kecewa selalu diejek miskin oleh rakan sekelasnya. 

Remaja berkenaan yang dikenali sebagai Lu Shijie, pulang ke rumah selepas habis sekolah pada 14 November lalu. 

Pada hari kejadian, dia mendiamkan diri dan kelihatan sedih ketika melakukan kerja sekolah. Tidak lama kemudian, bapanya menerima mesej dari guru Shijie yang memaklumkan anaknya tidak begitu sihat ketika di sekolah. 

Si bapa kemudian bercakap dengan Shijie yang mempertahankan dirinya dan mendakwa guru terbabit bersikap prejudis terhadap dia. 

Difaham pada hari kejadian, ketika dia sedang bermain dengan rakan sekelas sebelum guru berkenaan datang.

Namun, hanya Shijie yang didenda oleh guru itu, manakala pelajar lain dilepaskan yang jelas sekali menunjukkan guru itu tidak bersikap adil. 

Selepas menjelaskan hal sebenarnya yang berlaku, Shijie menjadi tidak tentu dan terus melarikan diri dari rumah.

Bapanya cuba mengejarnya. Tetapi apabila mereka menemui Shijie, remaja itu sudah terbaring tidak bernyawa dan di sebelahnya terdapat botol racun serangga yang dipercayai diminum oleh Shijie. 

Mangsa dikejarkan ke hospital, malangnya selepas 24 jam kemudian, Shijie disahkan meninggal dunia pada jam 9 pagi 15 November 2019. 

Bapa Shijie berkata, setelah bercerai dengan isterinya, dia terpaksa menghantar Shijie tinggal bersama dengan ibu bapanya di ladang.

Sementara dia pula terpaksa mencari pekerjaan di tempat lain dan keluarganya bukanlah orang berada. 

Shijie merupakan jenis introvert dan tidak begitu gemar berbicara mengenai masalahnya dengan keluarga.

Guru sekolah di tempat baru pula tidak begitu mengambil berat mengenai anaknya kerana Shijie bukan orang tempatan dan prestasi akademiknya tidak memberansangkan. 

Si bapa kemudian pergi sekolah untuk bertanya mengenai hal anaknya pada rakan sekelas dan terkejut apabila mendapati mendiang anaknya kerap dibuli.

Ada sesetengah pelajar tergamak menghina dia kerana miskin dan perkara itu berlaku sepanjang semester berkenaan. 

Pembuli itu akan mentertawakan pakaian Shijie dan mempersendakan datuknya yang selalu datang menjemputnya pulang dengan basikal roda tiga.

Malah, mereka juga mempermainkan nama keluarga Shijie dan kerap memprovok mangsa. 

Sementara itu, pihak sekolah menafikan dakwaan mangsa dibuli dan enggan memberi kenyataan lanjut mengenai kejadian itu serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. 

Sumber: SohuWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *