‘Sudah 2 Kali Dia Rogol Saya Bang’ – Suami Bunuh Rakan Baik Yang Cuba Merogol Isterinya Buat Kali Ketiga

Seorang lelaki di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur maut dengan badannya penuh dengan banyak kesan tikaman dipercayai dibunuh kerana mahu merogol isteri rakannya. 

Selamet Widodo, 25, mati di rumah suspek, Nanang, di Desa Pondok Wuluh, pada Sabtu lalu, 23 November 2019. 

Sebelum kejadian itu berlaku, isteri suspek, Julia, mengadu kepada suaminya yang dia telah diperkosa dua kali oleh Selamet yang juga merupakan rakan baik Nanang. 

Pada hari kejadian, apabila Nanang pulang ke rumah, dia mendapati motosikal Selamet berada di halaman rumah. Nanang segera masuk dan mendapati Selamet sedang mahu merogol isterinya.

Berang dengan kejadian itu, Nanang terus menetak mangsa sehingga mati.

 Menurut salah seorang jiran suspek, Endang berkata, pasangan itu merupakan peniaga di pasar dan setiap hari Selamet selalu datang ke rumah pasangan itu untuk menggunakan WiFi.

Tambahnya, Nanang dan Julia juga merupakan orang yang baik, selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di kampung itu. 

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Probolinggi, AKP Rizky Santoso berkata, pada awalnya si isteri memberitahu suaminya yang dia telah dirogol oleh suspek sebanyak dua kali menyebabkan suspek sangat marah. 

“Kejadian yang pertama tidak diceritakan, tetapi kejadian yang kedua pula diceritakan.

Sehinggalah yang ketiga, suspek merasakan kejadian itu akan berulang lagi, lalu segera  pulang ke rumah dan ternyata sangkaanya benar,” katanya.  

Polis masih menyiasat motif pembunuh walaupun suspek berkata dia sudah menjangkakan Selamet akan mengulangi perbuatannya sehingga terjadinya pembunuhan itu. 

“Mangsa sudah berada dalam posisi mahu merogol isteri rakannya, bajunya sudah dibuka tetapi seluar belum dibuka.

Dan kejadian itu dilihat oleh suspek dan terjadilah pembunuhan itu,” katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Rumah suspek disita dan beberapa barang bukti termasuk motosikal milik mangsa dirampas untuk dijadikan sebagai bahan bukti. 

Sumber: iNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *