Waterfront Tawau Bakal Dibina

TAWAU: Kerajaan negeri mempertimbangkan pembinaan Waterfront Tawau di Jalan Persiaran, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, idea pembinaan itu sedang dalam perbincangan dengan Majlis Perbandaran Tawau selepas mengambil kira potensi Jalan Persiaran yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah.

“Mengambil contoh waterfront di Kota Kinabalu, saya melihat ‘highway’ di Tawau juga mempunyai potensi yang sama.

“Jika dapat direalisasikan, maka sudah tentu kawasan ini dapat dihidupkan terutamanya pada waktu malam,” katanya kepada media, semalam.

Tambahnya, ia juga dapat menyediakan satu lokasi pilihan kepada pelancong luar yang datang bermalam di Tawau.

“Dalam masa sama, satu kaunter informasi pelancongan di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Tawau bermula tahun depan.

“Kaunter baharu ini akan menjadi lokasi pelancong dari dalam atau luar negara untuk mendapatkan maklumat tempat menarik di Tawau untuk dikunjungi seperti tempat makan, lokasi barangan kraftangan dan banyak lagi,” katanya.

Tambah beliau, kaunter itu juga boleh digunakan untuk pelancong tempatan dari daerah lain yang kurang arif mengenai daerah ini.

“Ia sudah dibincangkan dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan kaunter tersebut akan diuruskan sepenuhnya oleh mereka,” katanya.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *