Pilot Konon… Lelaki Menyamar Jadi Juruterbang Ditahan, Dipercayai Elak Beratur Panjang Naik Pesawat

Lelaki ditahan menyamar sebagai juruterbang. FOTO Agensi

NEW DELHI: Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis di lapangan terbang Delhi di India selepas menyamar dengan memakai uniform juruterbang Lufthansa.

Rajan Mahbubani,48, cuba menaiki penerbangan AirAsia dengan menyamar sebagai juruterbang Lufthansa bagi mengelak daripada beratur panjang.

Bagaimanapun, dia telah ditangkap sebelum menaiki pesawat I5-579 ke Kolkata.

Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat India (CISF) segera bertindak selepas AirAsia mengarahkan pasukan Lufthansa untuk mengenal pasti identiti lelaki tersebut.

Pakaian seragam juruterbang Lufthansa dan kad pengenalan palsu yang digunakan diperoleh di Bangkok,

Menurut laporan Times of India, Mahbubani telah berjaya keluar antara Delhi dan Kolkata menggunakan subterfuge yang sama melebihi 15 kali dalam masa enam bulan.

Sumber: Independent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *