ATB 2 Tahan 10 Lelaki Filipina Tanpa Dokumen, Pistol Beserta Peluru Hidup Dirampas

Semua suspek dipercayai dari Tawi-Tawi, Filipina. – Gambar BesTawaufm

SEMPORNA: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) menahan 10 lelaki dan merampas sepucuk pistol buatan sendiri beserta peluru selepas bot kumpit yang dinaiki dikesan memasuki perairan Malaysia disyaki untuk cuba menyeludup minyak.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Johari Mohd Jaafar dalam kenyataan berkata, kesemua mereka berumur 20 hingga 45 tahun berkenaan ditahan di Perairan Pulau Denawan kira-kira pukul 10.43 pagi selepas bot kumpit terbabit dikesan bergerak laju dari Kepulauan Tawi-tawi menuju ke Tawau.

Pistol dan sembilan kelongsong peluru yang dirampas. Gambar Ihsan ATB2

Beliau berkata, anggota ATB 2 menerusi Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dari 8 RRD (PARA) yang melakukan pemeriksaan keatas bot kumpit terbabit menemui sepucuk pistol buatan sendiri bersama sembilan butir peluru 9-milimeter serta 300 tong minyak kosong.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati kesemua lelaki berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurut Brigedier Jeneral Johari, kesemua mereka telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Tong kosong dipercayai digunakan untuk mengisi petrol sebelum diseludup ke negara Filipina.
Pistol dan sembilan kelongsong peluru yang dirampas. Gambar Ihsan ATB2
Bot kumpit dinaiki dipercayai dari Tawi-Tawi, Filipina menuju ke daerah Tawau.

BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *