Ibu Bunuh 3 Anaknya Lelakinya, Bimbang Mereka Akan Dera Wanita Bila Dewasa Kelak

Seorang wanita di Ohia yang didakwa melemaskan tiga anak lelakinya mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 37 tahun. 

Pada Julai 2014, Niall yang masih bayi ditemui mati pada Julai 2014. Diikuti dengan kematian Gabin, 4, pada April 2015 dan Noah, 3 bulan, pada Ogos 2015 di kediaman Brittany Renee Pilkington, 27 dan suaminya. 

Brittany mengaku membunuh ketiga-tiga anaknya pada hari mayat Noah ditemui dan memberitahu polis dia berbuat demikian kerana depresi serta bimbang anak-anak lelakinya itu akan mendera wanita apabila dewasa kelak. 

Suami, Joseph Pilkington, 47, mengaku bersalah atas pertuduhan salah laku seksual dengan melakukan hubungan seks dengannya sebelum berkahwin, ketika Brittany masih di bawah umur.

Joseph pada pertuduhan awalnya didakwa melakukan hubungan seks dengan Brittany yang dua dekad lebih muda daripadanya dan membuatkan gadis itu hamil pada 2009 ketika Brittany berusia 17 tahun. 

Joseph menjalinkan hubungan dengan ibu Brittany sebelum itu dan tinggal bersama mereka selama beberapa tahun.

Namun begitu, Joseph bukan suspek dalam kes kematian tiga kanak-kanak lelaki itu. 

Pendakwa raya berkata, Brittany membunuh anak-anaknya kerana cemburu dengan suami yang lebih memberi perhatian kepada mangsa berbanding dia dan anak perempuannya. 

Menurut salah seorang peguam Brittany, Kort Gatterdam berkata, ketika Brittany masih kecil, dia didera secara fizikal dan seksual tanpa campur tangan dari pihak berkuasa.

Ibu bapa, agensi perkhidmatan sosial dan sekolah gagal melindungi Brittany. Selain itu, pemeriksaan mendapati Brittany mengalami kerosakan otak (kesan dari kes dera). 

“Sayangnya, dia lebih selamat menjalani kehidupan yang lebih baik di dalam penjara berbanding di luar,” kata Kort yang menyifatkan pelanggannya ‘rosak teruk’. 

Peguam Tina McFall yang membaca penyataan bagi pihak Brittany berkata, tertuduh sayang dan merindui serta bersedih untuk anak-anaknya setiap hari. 

Brittany pada awalnya mengaku tidak bersalah di atas tuduhan membunuh. Pendakwa raya telah meminta tertuduh menjalani ujian genetik untuk menolak alasan gangguan genetik sebagai punca kematian ketiga-tiga mangsa. 

Brittany kemudian mengaku bersalah di atas semua pertuduhan menyebabkan dia terlepas dari hukuman mati. 

Sementara itu, Peguam Negara (Ohio), Dave Yost berkata, pengakuan bersalah itu tidak boleh membatalkan perbuatan kejam yang dilakukan oleh tertuduh terhadap anak-anaknya. 

“Dia tidak layak dipanggil ibu. Tetapi dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya dapat menjamin dia tidak akan mengulangi perbuatan jahatnya lagi,” katanya.

Sumber: Daily MailThe Blaze

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *