Pemancing Jumpa Mayat Lelaki Terapung Di Pantai Sarina

Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak bersama anggota polis membawa mayat mangsa ke darat. – Foto BESTAWAUfm

KUNAK: Mayat lelaki berpakaian lengkap ditemui terapung di perairan pantai Sarina, di Kampung Pangi, dekat sini, pada Isnin.

Mayat tanpa identiti itu ditemukan oleh seorang pemancing di perairan berkenaan jam 6.45 pagi.

Mayat lelaki lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang pemancing – Foto BESTAWAUfm

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Baharin Md Tahir berkata mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an mengalami tiga kesan luka di bahagian belakang kepala.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas kira-kira dua hari sebelum mayatnya ditemui.

Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak bersama anggota polis membawa mayat mangsa ke darat. – Foto BESTAWAUfm

“Bagaimanapun bedah siasat mendapati tiada kesan luka di bahagian dalam badan mangsa.

“Kesan luka di kepala mangsa berkemungkinan gigitan hidupan laut kerana tiada kesan calar atau retak di bahagian tempurung kepala mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak bersama anggota polis membawa mayat mangsa ke darat. – Foto BESTAWAUfm

Baharin berkata mangsa dipercayai warganegara asing berikutan tidak mempunyai suntikan BCG.

“Sehingga kini tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan ahli keluarga dan tiada individu tampil menuntut mayat mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *