Perogol Bersiri Ikat Ibu & Paksa Dengar Jeritan 2 Anaknya Dirogol

Seorang lelaki yang disyaki perogol bersiri mengikat seorang ibu menggunakan kabel elektrik dan memaksa mangsa mendengar jeritan dua anaknya yang dirogol suspek. 

Joseph McCann, 34, didakwa merogol beberapa mangsanya dalam tempoh dua minggu di sekitar London, Manchester, Lancashire dan Cheshire. 

Terdahulu, McCann berkenalan dengan seorang wanita di sebuah bar di Haslingden, Greater Manchester, dalam keadaan mabuk dan menawarkan diri untuk menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum mengikatnya di katil menggunakan kabel elektrik. 

McCann kemudian mengejutkan anak perempuan mangsa, 17, dan anak lelakinya, 11 dan merogol kedua-duanya di depan mangsa. 

Selepas kejadian itu, remaja terbabit dalam keadaan bogel terjun dari tingkap dan meminta bantuan dari jiran sebelum ketiga-tiga mangsa diselamatkan oleh polis. 

Beberapa jam selepas itu, McCann menahan seorang wanita berusia 71 tahun bersama remaja perempuan berusia 13 tahun dan merogol mereka di dalam kereta mangsa. 

Pada hari kedua perbicaraan semalam, pendakwa menceritakan adegan penuh dramatik yang membawa kepada penahanan tertuduh pada 6 Mei lalu ketika dia bersembunyi di atas pokok. 

Juri turut mendengar bagaimana McCann merogol mangsa pertamanya gadis berusia 21 tahun yang diculik ketika dalam perjalanan pulang dari kelab malam di Watford, awal pagi 21 April sebelu merogol mangsa yang diacukan pisau dalam bilik gadis itu. 

Mangsa ketiga berusia 13 tahun diculik pada waktu siang 25 April lalu di barat laut London dan dimasukkan ke dalam kereta yang dinaiki seorang lagi wanita berusia 25 tahun. 

Kedua-dua mangsa dirogol berulang kali sebelum berjaya melarikan diri apabila salah seorang mangsa memukul kepala McCann dengan botol vodka. 

Bagaimanapun, McCann dengan angkuhnya berkata, kejadian lain tidak akan berlaku sekiranya pihak polis berjaya memberkasnya selepas dua kes pertama. 

Sumber: Harian MetroDaily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *