Gajah Perang Kena Tomyam

Sumareh meraikan jaringan kedua Harimau Malaya. – FOTO Eizairi Shamsudin Syazwan Msar

‘Powerlah’ Harimau Malaya!

KUALA LUMPUR: Sang Gajah Perang akhirnya dibaham Harimau Malaya apabila Malaysia berjaya mencatat kemenangan 2-1 menentang Thailand dalam aksi pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Thailand yang mengungguli Kumpulan G dengan tujuh mata jelas sekali goyah dengan taktikal permainan dipamerkan anak buah Tan Cheng Hoe sekali gus terpaksa berputih mata untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sebelum ini.

Branden meraikan jaringan kedua Harimau Malaya. – FOTO Eizairi Shamsudin Syazwan Msar

Separuh masa pertama menyaksikan anak buah Akira Nishino lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan berbahaya menerusi pemain sayap mereka.

Serangan bertali arus skuad Gajah Perang terlebih dahulu berjaya menggegarkan gawang tuan rumah seawal minit ketujuh menerusi Chanathip Songkrasin.

Tersentak dengan gol berkenaan, skuad Harimau Malaya cuba mengatur serangan bahaya namun berjaya dipatahkan pertahanan Thailand.

Peluang terbaik negara hadir pada minit ke-11 namun rembatan Syafiq Ahmad hasil hantaran Safawi Rasid mudah ditangkap penjaga gol Thailand Siwarak Tedsungnoen.

Sumareh meraikan jaringan kedua Harimau Malaya. – FOTO Eizairi Shamsudin Syazwan Msar

Gol penyamaan hadir pada minit 26 apabila Brendan Gan mudah menolak bola masuk hasil hantaran Syamer Kutty Abba untuk kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya tampil lebih meyakinkan dengan mengatur serangan menerusi gandingan Syafiq, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh. Ternyata tiga gandingan ā€˜Sā€™ itu menjadi duri dalam daging buat Thailand apabila Sumareh menyumbat gol kedua untuk Malaysia hasil hantaran Brendan pada minit 56 untuk kedudukan 2-1.

Malaysia berpeluang untuk menambah gol pada minit 74 namun sepakan Safawi melambung sekali gus memberi kelegaan kepada pasukan pelawat.

Cheng Hoe membuat tiga pertukaran dengan memasukkan Afiq Fazail, Matthew Davies dan Akhyar Rashid bagi mengantikan Sumareh, Nor Azam Azih dan Syahmi Safari pada minit terakhir perlawanan.

Keputusan kekal hingga tamat perlawanan dengan menyaksikan Malaysia meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan G dengan enam mata.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *